Skip to content

Tun Mahathir’s blog…

Below here is my comment to Tun Mahathir’s blog…

Assalamualaikum w.b.t Tun…

Sememangnya kita tak nak ada pemimpin UMNO yang mengamalkan rasuah jadi pemimpin negara. Semestinya mereka ini akan ambil duit rakyat tanpa mengenal penat lelah rakyat membayar cukai dan sebagainya.

Semua sedia maklum UMNO dan parti komponen BN dari semenanjung Malaysia kalah teruk pada pilihanraya yang lepas. Orang sekarang sudah bosan dengan karenah UMNO yang sentiasa menutup kesalahan sendiri sedangkan terang-terangan diketahui oleh rakyat.

UMNO perlu mengubah prinsip dan dasar perjuangan mereka. Supaya parti UMNO terus kekal relevan kepada rakyat. Pada pandangan saya, rakyat sekarang lebih suka parti di mana keahlian terdiri dari pelbagai kaum. Jadi, mungkin UMNO boleh membuka ruang kepada semua kaum bumiputera. Bukan setakat melayu sahaja. Kita boleh mengambil salah satu parti kuat BN iaitu PBB yang terdiri dari semua kaum bumiputera. Saya sememangnya langsung tidak suka parti pembangkang. Mereka ini hanya tahu memecahbelahkan perpaduan di antara kaum-kaum di Malaysia.

Untuk makluman Tun, saya berasal dari Sarawak. Saya kenal beberapa pemimpin atasan kerajaan Sarawak. Walaupun umur saya muda, saya telah didedahkan dengan senario politik di Sarawak. Saya telah terlibat secara langsung dengan parti PBB dan perjalanan politik di Sarawak. Pilihanraya negeri dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2011. Dan sekarang PKR bekerja keras menghasut rakyat dan sekarang sudah nampak berlaku pepecahan kaum di Sarawak.

Jadi, sekiranya Tun ada apa-apa pandangan atau luahan rasa mengenai Sarawak amat-amatlah saya hargai. Sekarang rakyat Sarawak sudah muak dan benci dengan cara dan layanan UMNO dan parti-parti lain dari Semenanjung. Dari dulu sampai sekarang, mereka langsung tiada rasa hormat, berlagak, sombong dan memandang kami rakyat Sarawak sebagai kelas bawahan. Saya pasti Tun amat maklum mengenai perkara ini. Bukannya apa Tun, kami generasi muda tidak mahu berlaku perpecahan atau runtuhnya perpaduan di negeri kami. Hasil usaha pendidikan kerajaan pimpinan Tun dulu telah membuahkan hasil di mana kami tiada lagi diskriminasi antara kaum. Kami semua boleh bergaul dengan mesra. Cuma yang menyedihkan, generasi sebelum kami terutama dari semenanjung sekarang memberi contoh yang amat menjelikan mata dan memalukan. Apakah mereka tidak berasa berdosa menjadi contoh yang buruk kepada generasi selepas mereka?. Adakah mereka rasa bangga kerana menjadi pemimpin, kami mencontohi mereka?. Tidak sama sekali.

Rakyat Sarawak sudah mula berasa menyesal kerana pelbagai sumber asli dari tanah Sarawak seperti minyak diberi dan disalurkan ke semenanjung agar mereka dapat menikmati kemajuan yang lebih mantap. Tetapi malangnya, Sarawak sendiri tidak dapat bergerak maju dan pembangunan amat perlahan. Ini kerana budget yang terhad diperuntukan kepada kerajaan Sarawak. Sehingga ramai anak-anak Sarawak berhijrah ke tempat lain sedangkan mereka-mereka ini ingin mengembleng tenaga memajukan negeri sendiri agar setaraf dengan Kuala Lumpur dan Selangor. Kerana itulah, rakyat Sarawak sekarang tidak kisah sekiranya suatu hari nanti Sarawak keluar dari Malaysia. Itu yang mereka harap-harapkan agar ianya terlaksana. Ini kerana mereka tidak dihargai dengan sewajarnya. Bak kata mereka, “Kita bagi minyak dan sebagainya, mereka dari semenanjung pulak jadi kaya raya, rasuah bermaharajalela, duit kita entah ke mana, langsung tiada hormat, bagus Sarawak keluar dari Malaysia.”

Saya harap Tun dapat memberi pandangan dan pelbagai bentuk usaha bagi memastikan kerajaan BN terus relevan dan kukuh di Sarawak. Tumpuan harus diberi kepada Sarawak mulai sekarang sehingga selepas pilihanraya negeri nanti. Sebelum BN menerima nasib yang sama di beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. Parti pembangkang sedang berusaha keras menghasut dan memburuk-burukan pemimpin BN terutamanya dari PBB dan SUPP. Sedangkan tiada satu pun antara tohmahan mereka itu betul. Mereka tahu, sekiranya mereka dapat menawan Sarawak, semestinya negeri yang kaya dengan 1001 rahsia ini dapat memberi lebih banyak duit untuk mereka. Menjadikan mereka lebih kaya. Kami tahu, berpolitik ini kerana duit. Tak ada duit, macam mana nak berpolitik.

Terima kasih Tun kerana sudi membaca komen saya ini. Saya doakan Tun dan sekeluarga terus sihat dan harapan saya agar Tun terus menulis untuk kami belajar lebih banyak dari Tun. Sekian, terima kasih.

2 Comments leave one →
  1. February 4, 2009 11:04 pm

    hello awang, i’d say your opinions and stances are quite brilliant, even i never thought of what’s happening to Sarawak. and it came to me as a BIG shock when i read that your state would want to withdraw from Malaysia.

    it is obvious to know that our government are absolutely corrupted especially in the sense of bribery. all they think is just for their own good, by no means they are not firm to what they’ve promised to the socities before the election. and if say they did, it is just only to a certain race/group (e.g. Melayu) and does not cater to all races.

    i have to say, we’re also facing the same problem here in Selangor. however, it is not as similar as yours. Sultan Selangor also have urged the new Selangor government (PKR) to remain faithful to their promises, and if they dont, they’re going to lose big time.

    but from my own view, i think people are not thinking wisely during the election. okay, maybe they are getting bored with Barisan Nasional, and these opposition parties campaigned that they can do better and provide what did Barisan Nasional failed to benefit from the last years of their powers. civilians nowadays are too gullible to believe such things so they think they would attain “a super-normal profit” i.e. consumer gain (e.g subsidies). or shall i say, “Mereka TAMAK,”.

    i’d say you’re 100% precise that, the opposition parties did not bring any benefits to the society however they created chaos among races. sometimes i think, Malaysian politics are like “a problem child” and they are not so challenging enough. there are some other key issues that they need to tackle, like what you’ve said about your state, Sarawak. but they remained silence.

    please correct me if i’m wrong, but i’m just a mere girl. i hope i’m not offending you or anything.

    have a nice day ahead. see you soon.

    -iliyana mohamed.

  2. awangmadel permalink*
    February 5, 2009 11:01 pm

    thanks for your comment iliyana…i really2 appreciate this…

    well..there is no right or wrong for your comment…it is up to individual how we look on the issues surrounding us…

    i’m wondering how this political thinking gone too far…mostly regarding with the racial sentiment…i see no reason for anyone raise & offend other races…all of us are equal…no one shall be better than other races such as malay, chinese or indian…how about other races?…the government in power should take into consideration that the opportunity or benefit of this country must be given equally…not just malay to be on top…

    i feel very2 sad to other races…poor on them…they should be given same opportunity to improve their standard of living…most of the politicians only know how to enrich themselves…mostly from UMNO…why they don’t feel guilty to use people money???…why the economy benefit just for people from peninsular m’sia??…why not distribute it equally to borneo part such as sarawak & sabah…the people from this part are now getting worse as far as economic concern…moreover we are now facing economy meltdown..how they can survive??..

    well…this are my views…on what i’ve seen when i did my ‘journey’ recently…traveling from sarawak to sabah has opened my eyes…there are more of our ‘friends’ suffering to survive…but…the UMNO government do nothing to help them…

    ok…u too..thanks for your comment…see you back then… (^_-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: