Skip to content

Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia tarikh lahir…pernahkan anda mengkaji apa makna disebalik tarikh lahir anda??…mesti pernah kan…kita dapat kaji dalam pelbagai cara…samaada dalam internet atau melalui buku…di sini saya ada satu artikel mengenai kajian pakar motivasi terkenal Malaysia…Dr. Fazillah Kamsah…tidak ada pa2 ubahan yg saya lakukan…just saya re-type untuk bacaan ilmiah kita bersama…jom…

Ini adalah kajian Dr. Fazillah Kamsah, benar atau tidak itu hanya Allah swt. sahaja yang tahu.


Rahsia Tarikh Lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan.Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.


2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah.Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati oleh orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba. Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.


4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai,suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri. Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupa dan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis,bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi.Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat.Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras, memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius,bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya.Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.

14 Comments leave one →
  1. Fizw3rK permalink
    January 16, 2009 11:40 pm

    oii.. terasa ku ler.. sabo jer la..

  2. awangmadel permalink*
    January 17, 2009 12:34 am

    terasa??..part ney ya pok??..hehe

  3. January 20, 2009 10:11 pm

    hmm, boleh percaya ke?? anyway, thanks for sharing.. i’ll see you soon with a BIG surprise…

  4. awangmadel permalink*
    January 20, 2009 11:23 pm

    — x bleh caya…coz mine pnya x sama…mayb kat org lain kot…tp kat i cemburu x da lh kuat…haha…big suprise??..cant wait 4 dat…(^_^) —

    -awg-

  5. Fizw3rK permalink
    January 22, 2009 7:45 pm

    this thing bkn untuk dipercayai.. cuma untuk renungan kita sebagai seorg individu. tp sumtimes ada kebenaran atas apa yg org beritahu kpd kita. tanya diri adakah kita sanggup menerima kritikan org lain? kritikan yang sesungguhnya benar tp amat menyakitkan hati kita… sanggup ka anda?

  6. awangmadel permalink*
    January 22, 2009 8:01 pm

    — oh aku sanggup…asalkn org ya brani bdebat dgn ku..haha… (^_^) —

  7. Fizw3rK permalink
    January 22, 2009 8:06 pm

    hahhahaha.. tauk ku awang.. sudah semestinya kau sanggup.. but psychologically (ada ka word tok) sik semua org sanggup… mungkin nya dapat terima.. tp dapat ka terima without noticeable uneasy feeling?

  8. awangmadel permalink*
    January 22, 2009 8:10 pm

    — x dpt kot…besa lh manusia zmn nektok…x pat d kritik ckit…haha…pahal pok??..ko mcm geram kt someone jk…crita lh… —

  9. Fizw3rK permalink
    January 22, 2009 11:56 pm

    hahaha.. sikda la.. juz mok lepas cakap jak ctok.. ehehehe.. meluahkan pendapatku jak..

  10. awangmadel permalink*
    January 23, 2009 12:27 am

    — haha..ney tauk ko da sak ati sapa2 ka…mn da share2 jk..pat kita bgosip skjap… (^_^) —

  11. Miak GaokZ permalink
    January 23, 2009 3:20 am

    Bagus juak benda tok…mun cam ya…sebelum begerek nangga jak artikel tok dolok…ada juak keberangkalian kebenarannya….peace…:)

  12. awangmadel permalink*
    January 24, 2009 10:24 am

    — hehe…bena kata2 ko…mn mok crik gerek yg tbaik..singah2 jk slalu kt blog tok..bkn ny pa..ku nk promote blog ku tok..huahaha —

  13. aisyah permalink
    February 8, 2009 7:26 pm

    part ak btul la…hehe…pnyabar gitu:-)

  14. awangmadel permalink*
    February 8, 2009 11:39 pm

    ye ke pnyabar??….mcm x caya je…hehe… (^_^)v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: